Searching...

Popular Posts

Tuesday, November 18, 2014

Info: Ejakulasi Pramatang Bukan Buatan Orang

8:55 PM



Istilah klimaks atau ejakulasi memberi pelbagai kenikmatan kepada lelaki mahupun wanita. Namun, bagaimana pula jika anda mengalami ejakulasi tanpa dapat menikmatinya? Kebiasaannya, lelaki akan mencapai klimaks atau ejakulasi ketika di puncak rangsangan seksual.

Soalan ini jarang diketengahkan, namun ia berlaku pada sebilangan lelaki dan wanita. Saya ingin mengetengahkan perkara ini kerana ramai tersalah anggap. 

Hakikatnya, orgasma dan ejakulasi dua perkara berasingan dan sebab itu ejakulasi tanpa orgasma wujud dan turut dihidapi individu tertentu.

Perlu difahami, penghayatan orgasma berlaku seawal peringkat kanak-kanak lagi. Anggota kelamin kanak-kanak yang terangsang membolehkannya mencapai orgasma tetapi tidak membabitkan pancutan air mani.

Begitupun, apabila tiada rasa nikmat atau klimaks ketika ejakulasi, seseorang lelaki akan mula bimbang kerana menganggapnya sebagai tidak normal.

Lelaki juga sukar menerima fenomena itu berlaku pada diri mereka kerana sukar memahami dan pada masa sama sukar menceritakan perkara itu kepada orang lain, mungkin akibat rasa malu atau ego.

Kebiasaan, jika perkara ini berlaku, masyarakat kita mudah menganggap ia masalah ‘buatan orang. Mungkin kerana kurang ilmu terhadap perkara ini, kita lebih gemar membuat andaian sendiri.

Mengikut statistik, kurang satu peratus fenomena ejakulasi tanpa orgasma berlaku. Masalah ini turut dikenali sebagai ‘Anaesthetic Ejaculation’ dan ‘Ejaculatory Anhedonia’ yang bermakna pancutan air mani tanpa rasa yang biasa dialami ketika kemuncak seksual.

Sehingga kini, isu ini masih dalam kajian. Namun jika dilihat kembali perkara ini, kita akan faham bahawa semua kawalan sistem fungsi tubuh badan dikawal oleh otak.

Mesej dari badan ke otak dan penghantaran maklum balas dari otak ke badan memerlukan sistem otak dan sistem fungsi urat saraf yang kukuh.

Apabila dua sistem ini terganggu, keadaan ejakulasi tanpa orgasma boleh berlaku. Satu punca lain ialah amalan onani yang kerap.

Ini kerana ia boleh menyebabkan orgasma dan ejakulasi hanya dihayati dengan cara melakukannya sendiri, tetapi tidak ketika bersama isteri atau pasangan.

Apabila individu itu berusaha, dia boleh mencapai sedikit ejakulasi secara paksaan, tetapi tidak dapat berasa orgasma. Ada juga kes di mana orgasma dan ejakulasi berkurangan apabila lelaki itu memasuki usia emas atau mengalami penyakit yang menggugat fungsi saraf seperti kencing manis dan tekanan urat saraf.

Selain itu, penurunan tahap hormon testosteron dan pengambilan ubat bagi mengawal fungsi mental boleh menyebabkan masalah ini berlaku, sekali gus hubungan seksual lelaki menjadi hambar.

Mereka yang mengalami masalah ini perlu rujuk segera kepada pakar berkaitan. Jangan mendiamkan diri atau malu. Jika tidak, masa depan rumah tangga anda akan tergugat.


Pakar Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby Jawab

www.panduanintim.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment