Searching...

Popular Posts

Thursday, October 2, 2014

Soal Jawab: Suami Risau Sukar Terangsang

8:22 AM



Soalan: SAYA mengalami masalah sukar terangsang ketika melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Mengapa ia berlaku? Adakah ubat perangsang dan ubat melancarkan peredaran darah zakar yang tidak memberi kesan sampingan?

INSAN RISAU 
Sabah

Jawapan: Apabila lelaki terangsang seksual, dia akan mencapai ereksi yang mana secara tidak langsung menggambarkan kehendak dan keinginannya untuk melakukan sesuatu kepada ereksinya bagi menghayati keseronokan yang mana kesudahannya ialah ejakulasi atau pancutan air mani.

Kajian menunjukkan lelaki yang tidak mampu mencapai ereksi mencukupi mungkin mengalami masalah kesihatan yang tersembunyi, iaitu dia tidak tahu dia mengalami penyakit. Jadi perkara sepatutnya dilakukan ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sebilangan besar lelaki tidak tahu gaya hidup yang mereka amalkan menyebabkan keadaannya begitu. Obesiti, kurang senaman berkala, minum minuman keras, merokok dan tekanan didapati punca yang dikaitkan dengan amalan gaya hidup tidak sihat. 

Di samping itu, anda mungkin mengalami masalah kesihatan tersembunyi seperti peningkatan kolesterol dalam darah, perubahan glukosa ke tahap tinggi atau pradiabetes dan diabetes, peningkatan tekanan darah dan masalah sistem genitourinari-pundi kencing serta pundi prostat dan buasir turut menjadi penyebab lemah ereksi. 

Ubat pelancar darah, terapi hormon tambahan, ubat memantapkan tenaga dan lain-lain akan diberikan selepas anda menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Paling penting, anda harus berjumpa doktor sakit tuan dan jangan mempercayai amalan dukun atau tukang urut. 

Jangan cuba beli ubat kuat atau ubat pelancar darah tanpa pemeriksaan doktor. 
Jika tersalah makan, kesan sebaliknya pula mungkin timbul.


Pakar Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby Jawab

www.pakarseksual.blogspot.com

2 comments:

  1. Dr. Apabila saya climax. Saya rasa mcm ada pancutan tetapi air mani tak ada..begitu juga bila saya onani..

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Find a 의정부 출장샵 location similar to Borgata Hotel 포천 출장샵 Casino & Spa and find a better deal for you. 하남 출장샵 See 시흥 출장마사지 30 photos and read 49 reviews. Hotel? 익산 출장마사지 trivago! Rating: 8.8/10 · ‎49 reviews

    ReplyDelete