Searching...

Popular Posts

Friday, July 4, 2014

Soal Jawab: Khidmat Penyucian Sperma

2:30 PM


Soalan: Doktor, saya difahamkan terdapat khidmat penyucian sperma menerusi Internet dan daripada maklumat yang diperoleh, hospital swasta di Kuala Lumpur juga melakukannya.
Adakah prosedur ini dilakukan kepada pesakit HIV (suami) dengan tujuan memperoleh anak bersama isteri yang tiada HIV? Selain itu, bolehkah doktor memberi maklumat mengenai prosedur ini dan di mana ia boleh dilakukan? 

Ingin tahu 
Selangor

Jawapan: Tidak dinafikan banyak teknologi canggih sudah ada berkaitan dengan aspek kesuburan dan kemandulan manusia. Kini air mani boleh dibersihkan selepas ditapis dan diasingkan dengan cecair yang dirumuskan khusus untuk membersihkan benih dalam air mani.

Sperma yang kurang aktif akibat antibodi yang melekat kepada sperma, menjadi lebih aktif selepas dicuci dan juga air mani yang mengandungi kuman dan kuman virus, termasuk kuman virus HIV dapat dibersihkan sebelum disalurkan ke dalam rahim. 

Memandangkan kuman HIV ini masih belum ada penawar atau ubat yang dapat membunuhnya, maka masih terdapat keraguan tentang keberkesanan kaedah pembersihan air mani. 

Mengikut kajian, semua bendalir yang dihasilkan oleh badan pesakit HIV mengandungi kuman virus HIV dan persoalannya ialah ‘viral load’ atau kandungan kuman virus dalam bendalir. Misalnya, ‘viral load’ dalam darah kurang tetapi dalam air mani lebih untuk sesetengah lelaki. Jika banyak, maka kemungkinan mendapat jangkitan itu tinggi, lebih-lebih lagi jika berlaku kemelecitan di kawasan memasukkan air mani melalui penyuntik. 

Jika viral load kurang dan prosedur yang dilakukan sempurna, mungkin risiko itu tiada, Bagaimanapun, itu masih belum pasti! Jika anda tinjau di Internet untuk maklumat berkenaan ‘sperm washing’, anda akan dimaklumkan bahawa kaedah itu mula diperkenalkan di Milan, Itali. 

Air mani yang belum diproses tidak boleh dimasukkan ke dalam rahim kerana bahan kandungan selain sperma boleh mengganggu kesihatan rahim selain menyerang tisu dalaman rahim jika terdapat kuman berbahaya. 

Jadi, air mani perlu dibersihkan melalui proses pembersihan atau ‘sperm washing’. Jadi sperma yang bersih dan sesuai untuk percantuman akan mudah bercantum dengan benih. Jangkitan dapat dikawal sekiranya sperma itu bersih. 

Jadi secara teori, prosedur menyemai sperma yang dibersih secara teliti dapat membendung transmisi jangkitan kepada janin, termasuk jangkitan HIV. Namun, tidak semua pakar berkongsi pendapat yang sama. Jadi kaedah ini tidak terbuka kepada pesakit HIV jika mereka mahukannya kerana prosedur ini adalah sesuatu yang rumit. 

Saya tidak pasti jika kaedah ini ada di Malaysia untuk pesakit HIV. Anda boleh menghubungi pusat kesuburan tempatan yang berdekatan untuk mengetahui sama ada mereka menyediakan khidmat mencuci sperma untuk tujuan penyemaian benih untuk pesakit HIV.


Pakar Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby Jawab

www.panduanintim.blogspot.com 

0 comments:

Post a Comment