Searching...

Popular Posts

Saturday, August 9, 2014

Info: Tidak Boleh Paksa Main Jimak

12:29 AM



Sememangnya fitrah manusia menghayati keseronokan hidup yang sebahagian besarnya membabitkan hubungan intim kedua-dua pasangan.

Jadi hubungan intim salah satu cara mengeratkan silaturahim antara pasangan dan ia tiada menjadi batasan kecuali yang ditegah oleh agama. Yang mustahak keyakinan antara pasangan, minat dan tarikan untuk melakukannya dan mengikut cita rasa mereka.

Ia dilakukan atas dasar suka sama suka, bebas daripada tekanan dan paksaan serta dilakukan untuk keseronokan bersama. Memandangkan hubungan intim ini aktiviti biasa untuk semua pasangan yang berumah tangga, maka ia tidak memerlukan apa-apa dorongan kecuali minat dan kehendak untuk melakukannya.

Ada sesetengah lelaki mengadu isteri mereka kerap menolak apabila diajak bersama dan ia juga terjadi kepada wanita apabila hajatnya ditolak suami.

Malah, ramai cuba mencari produk untuk membangkitkan keinginan masing-masing untuk bersama dan ada pula yang cuba mencari krim, jel atau minyak yang kononnya boleh memberikan pasangan tenaga dan keinginan untuk melakukan seks.

Sebenarnya, hubungan seks adalah untuk kedua- dua pihak mencapai keseronokan dan kepuasan. Ia tidak memerlukan ubat atau bantuan luar atau persediaan untuk melakukannya. Yang penting ialah tubuh badan sihat dan seruan syahwat antara kedua-dua pasangan. 

Jadi agak pelik jika seseorang itu memerlukan pil atau krim untuk melakukan seks sedangkan perkara itu biasa dan tidak memerlukan makan khusus, ubat khusus atau minyak khusus. 

Lain pula untuk mereka yang sememangnya mengalami masalah disfungsi seksual seperti mati pucuk untuk lelaki, mati putik untuk perempuan atau apa jua masalah yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan doktor. Sayangnya ramai masyarakat kita menganggap mereka perlukan bantuan yang mengarut seperti krim, jeli, ubat kuat, ubat syahwat dan pelbagai untuk melakukan hubungan intim.

Mereka mudah terpengaruh dengan minyak atau makanan tambahan yang kononnya boleh membangkitkan syahwat sedangkan perasaan itu anugerah ditetapkan oleh Tuhan kecuali kita mengalami masalah kesihatan yang mengganggunya sehingga perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hubungan seksual tidak boleh dipaksa dan dilakukan secara penderaan. Ia hubungan mengikut minat dan kerelaan bersama. Jadi jika pasangan penat atau letih kita perlu bertimbang rasa dan bukan mengikut hawa nafsu memaksa melakukan seks.

Agama menegahnya sama sekali perbuatan memaksa seperti ini. Kita terima yang baik dan ketepikan yang boleh memecah belahkan rumah tangga.

Dalam hubungan seks juga kita perlu menjaga hati pasangan dan selalu prihatin terhadapnya. Jika dia ada masalah kita bantu dan bukan dengan memakan atau menggunakan benda yang kita tidak tahu baik buruknya. Masalah kesihatan perlu dirujuk kepada doktor dan bukan mencuba memakan ubat atau krim.

Berbalik kepada pasangan yang ingin mencari ubat membangkitkan keinginan pasangan, anda sepatutnya bertimbang rasa dan prihatin terhadap pasangan.


Pakar Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby Jawab

www.ilmuseksologi.blogspot.com 

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.